about


www.azhad.com 






 

Saya dikenali sebagai Azhad Shaz Nilam. Dilahir dan dibesarkan di Kampung Pandan dan Ampang. Anak sulong daripada empat orang adik beradik. Saya sudah berumahtangga dan mempunyai dua orang anak lelaki.

Pada mula hanya melayari internet apabila ada kelapangan masa sahaja. Walau bagaimanapun apabila bermulanya Akademi Fantasia yang pertama di ASTRO, penggunaan internet telah menjadi lebih kerap, hampir setiap hari. 

Berpunca daripada situ saya telah menjadi pembaca setia blog sultanmuzaffar sehingga kini. Di samping itu ianya telah mencetus keinginan untuk mempunyai blog sendiri.

Pada Oktober 2004 telah lahirlah blog Nukilan Jejari Azhad di azhad.blogspot.com dan bermulalah kehadiran Azhad di alam maya. Pada Mac 2007 pula domain azhad.com telah didaftarkan dan URL azhad.blogspot.com telah diubah ke blog.azhad.com.